Hang Tuah, Hang Jebat dan hukum hudud..




28.0gos.2009.

Akal berfikir,berjalan..dan menerawang jauh...

Satu persatu sejarah di dalam ingatan saya selak, mengenai keperihalan Hang Tuah. Hati bertanya pada diri siapakah Hang Tuah?, dahulu saya sempat membenci Hang Tuah. Hang Tuah adalah sahabat yang tak mengenang budi, membunuh sahabatnya sendiri, membela Raja yang tak berguna......

Kemudian perlahan-lahan perasaan benci hilang, dan ingatan tentangnya semakin pudar dan saya tidak lagi peduli...........

Hari ini tiba-tiba akal mengejutkan saya, ilmu undang-undang jenayah Islam yang saya pelajari memberitahu, wajar Hang Jebat di bunuh kerana dia adalah pemberontak, dan hukuman ke atas pemberontak adalah hukuman hudud. Jadi siapakah Hang Tuah sebenarnya?




dikatakan penderhaka
tetapi masih membela raja
persahabatan jadi taruhan
berlakulah pembunuhan
hukum agama engkau pertahankan
bukan maksud mu mempertahankan kezaliman raja
ku tahu engkau juga dalam di lema...




0 Responses