Kembara mencari buku..


30.Ogos.2009.


Hari ini bermulanya kembara saya mencari sebuah kitab yang bertajuk Hikayat Hang Tuah. Ah, akhirnya Tuhan izinkan juga untuk saya memilikinya, walaupun dalam keterpaksaan menerbangkan beberapa keping wang ringgit, tetapi saya rasakan sangat berbaloi untuk menambah koleksi buku yang ada. Suatu hari nanti saya berhasrat untuk punya sebuah perpustakaan peribadi di rumah milik sendiri...


Saya membawa bersama beberapa buah buku lain keluar dari gedung buku MPH,bersama hati yang girang sudah dapat apa yang dihajati. Antara buku yang di beli adalah dari penulis dan dai'e dari Indonesia Aa Gym, Saya tidak Mahu Kaya Tetapi Harus Kaya teristimewa buat bunda dan ayahanda tercinta, dan tajuk Ingat Tuhan sampai Mati dari penulis yang sama untuk saya sendiri, buku La Tahzan hadiah buat kakak tersayang, dan novel sesejuk maaf di kalbu buat adik Aishah bersempena hari lahirnya, buku-buku lain pula adalah dari penulis Pahrol Mohamad Juoi, Dilema Melayu-Islam, kurang fikir atau kurang zikir?, dan kitab tajwid Al-Matien yang telah lama dalam simpanan untuk dihadiahkan kepada si bongsu syakirah dan kakaknya Ummu Kalthum.


Kembara mencari kitab-kitab tersebut berakhir dan menjelang malam hari, saya akhirnya ketemu dengan mereka yang saya sayangi. Melihat senyuman mereka, rasa bahagia menyelinap di hati. Hati berdetik..terima kasih Tuhan...




0 Responses